Powered By Blogger

Isnin, 9 Mac 2015

Roti Sosej Butter Manis

   








       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua......kali ini kita bersua di blog saya ini dengan resepi berasaskan roti.Roti Sosej Manis ni sesuai dimakan waktu2 petang yang santai bersama2 keluarga ,di cicah dengan teh panas mm mm mm teras manis gula yang cair dalam mulut.
          Resepi ni saya olah sendiri dari resepi asal doh roti Sosej. Cuma perbezaan nya resepi asal roti sosej adalah berbentuk pintal manakala resepi roti sosej saya saya letakkan sosej diatas je dan taburkan gula...
          Sebenarnya bahan2 nak buat doh roti ni sama je ngan bahan2 nak buat doh pizza...cuma cara olahan je lain....bila dah pandai buat roti ,sudah tentu tak ada masalah untuk buat Pizza. ....ok untuk pizza next time resepi saya upload kan ya.kali ini kita bercerita tentang dunia roti sosej....
        Meh kita jengah resepi roti sosej manis saya.


Bahan;
*-2 cawan tepung high protein
*-2 cawan tepung gandum
*-1 sd kecik baking powder.          
*-1 sd kecik bread improver.      
*-1 sd kecik bread softer

(Bahan tanda * diayak)

-1 sd makan butter
-1 sd makan shortening
-sedikit garam
#-2 sd makan gula
#-1 cawan air suam @ susu segar suam
#-2 sd kecik yis
-1 biji telor
-3 sudu makan susu segar dibancuh dgn 1 biji kuning telor
  
   (Bahan tanda # dibancuh bersama sampai berbuih )


Cara2;
-Masukkan tepung high protien, tepung gandum,baking powder,bread improver dan bread softer yang telah diayak bersama  ke dalam bekas.
- Masukkan garan dan kacau rata
-masukkan telor dan bancuhan yis tadi.
-uli sampai doh sebati kemudian masukkan butter dan shortening
- uli lagi sampai doh tak melekat pada tangan
-kalau doh masih melekat tambahkan sedikit tepung sambil menguli
- tutup doh dengan kain lembab bersih dan biarkan doh kembang 2 kali ganda selama 1 jam
-Setelah doh naik 2 kali ganda,tumbuk2 doh supaya angin keluar dari dalam doh
-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan doh
Ikut citarasa masing2
-tekan2  doh setebal 1"  kemudian letakkan sosej diatas doh
-biarkan doh naik lagi sekali ganda @ 30 minit.
-sementara tu panaskan oven 180°c selama 10 minit
-Sapu permukaan doh dengan bancuhan telor kuning dan susu segar tadi
- Taburkan gula dan bakar selam 10 -15 minit
- Setelah masak keluarkan roti dan sapu permukaan roti dengan butter.
-biarkan sejuk seketika baru dihidangkan bersama teh panas
                            Selamat Mencuba
  

Puding Roti Karemal Lapis Puding Coklat

   

          Assalamualaikum. .....salam sejahtera semua.Apa kabar.Diharap harian berlalu dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta dan orang2 tersayang....Hmmmm hari ni saya bermadah halus ayat2  cinta kerana resepi kali ni halus lembut mulus seindah kata sesedap rasa ...cewahhhh heheheheh.
    Dulu setiap kali bila ada lebihan roti yang akan tamat tempoh,buntu dan terpaksa la buang je bagi kat ayam atau pun itik.Tapi sekarang tak lagi,kerana saya dah pandai menghargai makanan....cewaaaahhh. Banyak kegunaan roti ni Klu kita pandai mengolah sebelum tamat tempoh tarikh luput nya...Haa mari kita sama2  tengok apa resepi yang saya nak buat dengan roti yang akan tamat tempoh ni.


Bahan Puding
-10 keping roti gardenia ( tak payah buang tepi membazir)
-6 biji telor
-2 cawan santan @ 2 cawan susu segar (saya guna santan)
-1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan Klu tak nak manis)
-1 sd kecik esen vanilla
-2 sd makan serbuk koko @ pes koko
-sedikit garam


Bahan karemal
-3 sd makan gula
-1 sd makan air


Cara2;
-gunakan loyang ,masak gula tanpa air menggunakan api perlahan.
-jangan sampai gula hangus nanti pahit.
-bila gula dah cair keperangan masukkan air dan cepat2  kacau sampai gula karemal larut dan tidak berketul2.
-padamkan api dan ratakan gula karemal dalam loyang tadi dengan gerak2 kan loyang.ketepikan
-satukan santan dengan gula,garam serta esen vanilla dalam blend kemudian blend sampai gula hancur.
-kemudian carik2 kan roti dan blend bersama santan tadi.
-kemudian tuang adunan roti dan santan tadi dalam bekas -kemudian masukkan telor satu persatu dan kacau sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian .1 warna asal dan satu lagi saya letak pes koko
-panaskan kukusan.
-tuang adunan warna asal ke atas gula karemal .
-bila air kukusan sudah mendidih ,kukus lapisan pertama puding roti tadi selama 15 minit
-gores kan permukaan lapisan puding tadi sebelum letak adunan lapisan kedua iaitu lapisan koko
-untuk lapisan terakhir,tutup loyang dengan plastik atau balut penutup kukusan supaya air tidak menitik
-Kukus puding selama 20 minit @ sehingga masak
-sejukkan dahulu puding roti karemal lapis puding coklat sebelum dikeluarkan dari acuan tadi
-Setelah sejuk,terbalikkan dari acuan dan simpan dalam peti sejuk
-puding ni sedap dimakan ketika sejuk,nak makan terus pun boleh jugak.
                 

            ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡,