Powered By Blogger

Ahad, 8 Mac 2015

Ais Krim dan Roti Aiskrim Goreng







      Assalamualaikum. ..dan salam sejahtera semua....Bertemu kembali kita dalam episod di blog ini dengan resepi2 olahan air tangan saya.
Kemudahan bahan2 mentah yang ada kat kawasan kebun belakang umah saya nilah yang membuat kan saya suka mengolah bahan masakan....ya la bajet kuih tak mengeluarkan modal.....jadi senang la sikit saya nak buat apa2 pun...
Kali ini saya nak buat ais krim plak.....Kebetulan cucu2  cik abg suka makan ais krim....Ha aa bila dah ada ais krim senang la nak cipta resepi ais krim goreng plak ....
Kali ni saya sertakan 2 resepi sekali gus...
Jom kita terokai resepi saya kali ni
 
Bahan2 Resepi Ais Krim;
-2 cawan susu segar
-2 cawan santan
-1 1/2 cawan gula
-1 cawan susu pekat manis
-2 sd makan overlatte
-1 sd makan esen vanilla
-sedikit garam
-perasa strawbery
-pewarna merah



Cara2;
-panaskan santan sampai didih tapi jgn berketul.gunakan api sederhana je.sejukkan seketika
-tuang santan ke dalam mixer.saya guna blender je senang.
-campurkan santan ,susu segar,susu pekat manis,gula,esen vanilla,sedikit garam dan overlatte.
-blend sampai sebati semua bahan
-tuang dalam bekas dan bahagian kepada bahagian yang hendak diwarnakan
-satu bahagian saya letak perisa strawbery dn pewarna merah dan satu lagi saya biarkan perasa vanilla je.
-tuang adunan aiskrim ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais tempat beku selama 1 hari sampai beku.
-Setelah beku...aiskrim siap dimakan

Bahan2  Ais Krim Goreng
-beberapa keping roti gardenia
-acuan permukaan bulat.saya guna acuan telor goreng mata
-aiskrim
-garfu


Cara2;
-ambil 2 acuan telor .
-1 acuan letakkan roti ,kemudian letakkan aiskrim
-letakkan roti diatas aiskrim yang diletakkan atas acuan pertama
-tekap lapisan roti tadi dengan acuan telor kemas2
- biar sampai berbentuk bahagian keliling tepi roti
-buang lebihan keliling roti pada acuan
-keluarkan acuan kemudian tekan2  dengan hujung garfu pada keliling tepi roti supaya melekat dengan kemas
-ulangi proses ini sampai roti habis
-biasanya saya buat sebungkus roti ada 24 keping dapat 12 roti aiskrim
-susun roti aiskrim yang dah siap dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 hari @ sampai roti mengeras.
-Setelah roti keras...boleh la digoreng
-panaskan minyak sampai betul2  panas dan kemudian masukkan roti aiskrim
-goreng selama 8 saat sahaja @ sehingga warna roti kekuningan
-jgn terlalu lama ...nanti aiskrim cair
         

Selamat Mencuba

Tiada ulasan: