Powered By Blogger

Sabtu, 7 Mac 2015

Kerutup Hati Lembu

         
 


   
   Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua....Apa kabar. ....Bertemu lagi kita dalam menu masakan kali ini berasaskan hati lembu...Sebenarnya saya tak berapa suka sangat dengan hati lembu ni,sebab hati lembu ni ada bau kurang menyenangkan...tapi tak apa saya dah tahu cara nak hilangkan bau yang kurang menyenangkan itu.....hah.....Nak tau apa caranya....meh kita sama2  tengok resepi dan Cara2 masak hati lembu ni.


Bahan2;
-500 g hati lembu dipotong 1/2 inci atau nipis
-2 helai daun pandan disimpul
*-5 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putih
*-2 inci halia
-2 sd makan cili boh
- 3 sd makan serbuk kari + sedikit air (jadikan pes kari)
- air asam jawa
-2 tangkai cili hijau di belah 2 buang biji
- sedikit garam
- sedikit gula
        (Bahan tanda*  ditumbuk halus)
Cara2;
-mula2 cuci bersih hati lembu tadi.rebus hati lembu tadi seketika dengan sedikit air dan  sedikit garam
- dalam kuali tumiskan bahan tumbuk tadi sampai wangi kemudian masukkan cili boh.
-Tumis lagi sampai cili boh pecah minyak kemudian masukkan pes kari
-kacau sebati dan biarkan pecah minyak dan masukkan sedikit air
-masukkan daun pandan yang disimpul dan hati lembu yang direbus tadi.
-air rebusan hati lembu tadi jangan dibuang,masukkan juga bersama hati dalam kuali...
-kacau rata dan masukkan garam dan gula
- Masukkan cili hijau yang dibelah 2 tadi
- biarkan sampai hati lembu benar2 masak dan kuah agak kering sedikit
  (Ha aa ini lah petua tuk hilangkan bau kurang enak masakan berasaskan hati ...tak kira la hati apa pun iaitu daun pandan)
-hati lembu masak kerutup siap dihidangkan
                ♡♡ ♡ ♡ Selamat Mencuba ♡ ♡ ♡ ♡

Kuih Lapis Jagung

             






Assalamualaikum, ari ni percubaan pertama saya tuk buat kuih lapis dalam acuan apam ni....mm mm nampak nya saya berpuas hati dengan bentuknya walaupun agak ter lembut kit....mmm tapi tak apalah tuk makan sendiri puas hati la gak.cik abg pun suka makan ,maklumlah lembut sesuai tuk dia heheheheh.
   Jom kita intai2 resepi bahan2 tuk buat kuih lapis jagung ni...mudah je.bahan2 pun senang nak dapat...



Bahan2;
-1 cawan jagung fresh
-1  1/2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula ( Klu nak manis boleh ditambah)
-2 cawan santan
-sedikit garam
-1 biji telor
-2 sudu makan perisa jagung
Cara2;
-panaskan air kukusan
-satukan tepung beras dan tepung gandum
- Bancuh santan,gula dan telor.kacau sebati
- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai tidak berketul.kemudian tapis.
-Masukkan sedikit garam.
-Bahagikan bancuhan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan (saya buat dua warna je....satu warna asal dan satu lagi saya letak perasa jagung)
-sapukan acuan dengan sedikit minyak
-Setelah air mendidih,tuang 1/2 cawan adunan warna asal kemudian taburkan jagung,dan kukus selama 5 minit.
-Setelah masak gores kan lapisan kuih lapis tadi dengan garfu supaya lapisan kedua melekat
-Tuang adunan lapisan kedua yang berwarna tadi kemudian taburkan jagung.kukus lagi selama 5 minit
-ulangi mengukus lapisan demi lapisan sehingga adunan dan jagung habis
-untuk lapisan terakhir hendaklah di kukus selama 30 minit supaya kesemua lapisan kuih lapis benar2  masak.dan acuan ditutup dengan plastik @ aluminium foil supaya air tidak menitik atas kuih.
-Setelah masak sejukkan dulu kuih lapis sebelum dipotong.
(Pastikan menggunakan pisau plastik yang disapu minyak untuk memotong kuih lapis supaya bentuknya cantik)
    Selamat mencuba

Kerepek Pisang

   



   Assalamualaikum. ...salam sejahtera dan selamat petang....
Bertemu kali ini kita dalam mempelbagaikan resepi berkaitan pisang....
Pisang ni banyak kegunaannya dan pelbagai kuih muih yang boleh diperbuat dari bahan bernama pisang ni....salah satunya ialah kerepek pisang...
Kali ni kebetulan pisang kat belakang umah saya ni dah boleh diambil,so setelah cik abg ambil pisang setandan ...apalagi bermula la program saya nak buat kerepek pisang....
Meh kita tinjau resepi nya



Bahan2;
-pisang muda seberapa banyak yang termampu buat
-marjerin
-garam
-minyak untuk menggoreng
-kunyit serbuk



Cara2;
-panaskan minyak yang banyak dalam kuali
-kupas kulit pisang
-terus sagat pisang ke dalam kuali menggunakan penyagat pisang
-sagat dalam 4-5 biji je untuk sekali goreng
-masukkan 1/2 sd kecik marjerin ,sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
-kacau sambil menggoreng kerepek pisang sehingga kuning kemasan
-jangan terlalu lama nanti kerepek pisang bertukar warna kemerahan dan akan rasa pahit dimakan
-Ulang proses menyagat pisang dan menggoreng sampai pisang habis
-Pastikan jangan terlalu kerap memasukkan garam ketika menggoreng kerepek pisang kerana marjerin sudah masin.
-sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
        Selamat Mencuba

Asam Pedas Ayam


       



Assalamualaiku......Hari ni terpinga-pinga nak masak apa
juadah makan tengah ari. .....Tanya cik abg....jawapannya masak la apa2 pun.....
Mm mmm sejenak berfikir......Ha dah lama tak makan asam pedas....tak kira la asam pedas apa2 jenis lauk pun janji asam pedas...
Mm mmm cik suami bersiap nak ke masjid solat Jumaat
Jadi bermula la kerja2 saya kat dapur mencari bahan2  tuk buat asam pedas.....
Tengok ayam kat a is box lalu terlintas nak buat ayam masak asam pedas.Mari kita tengok resepi asam pedas saya......


Bahan2;
-1/2 ekor ayam dipotong kecik
*-7-8 tangkai lada kering
*-3 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putuh
*-1/2 inci halia
*-1/2 inci lengkuas
*-1/2 inci kunyit hidup
*-1/2 sd kecik lada hitam
*-sedikit belacan
-sedikit garam
-sedikit gula
-2 batang serai dititik
-2 batang bunga gantan dibelah 2
-2 keping asam keping
-daun kesum
-2 cawan air

     (Bahan bertanda * di blend kering)


Cara2;
-cuci bersih ayam dan toskan
-perap ayam seketika dengan garam dan goreng setengah masak
-angkat dan toskan. Gunakan minyak yang sama menggoreng ayam tadi untuk menumis bahan2 yang diblend
-tumis bahan blend sampai pecah minyak dan masukkan air sedikit
- biar mereneh seketika dan masukkan serai dan ayam
-kacau sebati dan bila kuah mendidih tambahkan baki air tadi
-masukkan asam keping ,garam ,gula dan perasaan
-bila kuah mendidih masukkan bunga gantan dan daun kesum.biarkan seketika dan padam api.
-asam pedas siap dihidangkan



                      ♡♡♡♡Selamat mencuba♡♡♡♡