Powered By Blogger

Sabtu, 7 Mac 2015

Asam Pedas Ayam


       



Assalamualaiku......Hari ni terpinga-pinga nak masak apa
juadah makan tengah ari. .....Tanya cik abg....jawapannya masak la apa2 pun.....
Mm mmm sejenak berfikir......Ha dah lama tak makan asam pedas....tak kira la asam pedas apa2 jenis lauk pun janji asam pedas...
Mm mmm cik suami bersiap nak ke masjid solat Jumaat
Jadi bermula la kerja2 saya kat dapur mencari bahan2  tuk buat asam pedas.....
Tengok ayam kat a is box lalu terlintas nak buat ayam masak asam pedas.Mari kita tengok resepi asam pedas saya......


Bahan2;
-1/2 ekor ayam dipotong kecik
*-7-8 tangkai lada kering
*-3 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putuh
*-1/2 inci halia
*-1/2 inci lengkuas
*-1/2 inci kunyit hidup
*-1/2 sd kecik lada hitam
*-sedikit belacan
-sedikit garam
-sedikit gula
-2 batang serai dititik
-2 batang bunga gantan dibelah 2
-2 keping asam keping
-daun kesum
-2 cawan air

     (Bahan bertanda * di blend kering)


Cara2;
-cuci bersih ayam dan toskan
-perap ayam seketika dengan garam dan goreng setengah masak
-angkat dan toskan. Gunakan minyak yang sama menggoreng ayam tadi untuk menumis bahan2 yang diblend
-tumis bahan blend sampai pecah minyak dan masukkan air sedikit
- biar mereneh seketika dan masukkan serai dan ayam
-kacau sebati dan bila kuah mendidih tambahkan baki air tadi
-masukkan asam keping ,garam ,gula dan perasaan
-bila kuah mendidih masukkan bunga gantan dan daun kesum.biarkan seketika dan padam api.
-asam pedas siap dihidangkan



                      ♡♡♡♡Selamat mencuba♡♡♡♡

1 ulasan:

Zalindazalin berkata...

Mmm mm berselera cik abg makan nasi setelah balik dari solat Jumaat. ......