Powered By Blogger

Sabtu, 7 Mac 2015

Kerutup Hati Lembu

         
 


   
   Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua....Apa kabar. ....Bertemu lagi kita dalam menu masakan kali ini berasaskan hati lembu...Sebenarnya saya tak berapa suka sangat dengan hati lembu ni,sebab hati lembu ni ada bau kurang menyenangkan...tapi tak apa saya dah tahu cara nak hilangkan bau yang kurang menyenangkan itu.....hah.....Nak tau apa caranya....meh kita sama2  tengok resepi dan Cara2 masak hati lembu ni.


Bahan2;
-500 g hati lembu dipotong 1/2 inci atau nipis
-2 helai daun pandan disimpul
*-5 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putih
*-2 inci halia
-2 sd makan cili boh
- 3 sd makan serbuk kari + sedikit air (jadikan pes kari)
- air asam jawa
-2 tangkai cili hijau di belah 2 buang biji
- sedikit garam
- sedikit gula
        (Bahan tanda*  ditumbuk halus)
Cara2;
-mula2 cuci bersih hati lembu tadi.rebus hati lembu tadi seketika dengan sedikit air dan  sedikit garam
- dalam kuali tumiskan bahan tumbuk tadi sampai wangi kemudian masukkan cili boh.
-Tumis lagi sampai cili boh pecah minyak kemudian masukkan pes kari
-kacau sebati dan biarkan pecah minyak dan masukkan sedikit air
-masukkan daun pandan yang disimpul dan hati lembu yang direbus tadi.
-air rebusan hati lembu tadi jangan dibuang,masukkan juga bersama hati dalam kuali...
-kacau rata dan masukkan garam dan gula
- Masukkan cili hijau yang dibelah 2 tadi
- biarkan sampai hati lembu benar2 masak dan kuah agak kering sedikit
  (Ha aa ini lah petua tuk hilangkan bau kurang enak masakan berasaskan hati ...tak kira la hati apa pun iaitu daun pandan)
-hati lembu masak kerutup siap dihidangkan
                ♡♡ ♡ ♡ Selamat Mencuba ♡ ♡ ♡ ♡

Tiada ulasan: