Powered By Blogger

Ahad, 8 Mac 2015

Ais Krim dan Roti Aiskrim Goreng







      Assalamualaikum. ..dan salam sejahtera semua....Bertemu kembali kita dalam episod di blog ini dengan resepi2 olahan air tangan saya.
Kemudahan bahan2 mentah yang ada kat kawasan kebun belakang umah saya nilah yang membuat kan saya suka mengolah bahan masakan....ya la bajet kuih tak mengeluarkan modal.....jadi senang la sikit saya nak buat apa2 pun...
Kali ini saya nak buat ais krim plak.....Kebetulan cucu2  cik abg suka makan ais krim....Ha aa bila dah ada ais krim senang la nak cipta resepi ais krim goreng plak ....
Kali ni saya sertakan 2 resepi sekali gus...
Jom kita terokai resepi saya kali ni
 
Bahan2 Resepi Ais Krim;
-2 cawan susu segar
-2 cawan santan
-1 1/2 cawan gula
-1 cawan susu pekat manis
-2 sd makan overlatte
-1 sd makan esen vanilla
-sedikit garam
-perasa strawbery
-pewarna merah



Cara2;
-panaskan santan sampai didih tapi jgn berketul.gunakan api sederhana je.sejukkan seketika
-tuang santan ke dalam mixer.saya guna blender je senang.
-campurkan santan ,susu segar,susu pekat manis,gula,esen vanilla,sedikit garam dan overlatte.
-blend sampai sebati semua bahan
-tuang dalam bekas dan bahagian kepada bahagian yang hendak diwarnakan
-satu bahagian saya letak perisa strawbery dn pewarna merah dan satu lagi saya biarkan perasa vanilla je.
-tuang adunan aiskrim ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais tempat beku selama 1 hari sampai beku.
-Setelah beku...aiskrim siap dimakan

Bahan2  Ais Krim Goreng
-beberapa keping roti gardenia
-acuan permukaan bulat.saya guna acuan telor goreng mata
-aiskrim
-garfu


Cara2;
-ambil 2 acuan telor .
-1 acuan letakkan roti ,kemudian letakkan aiskrim
-letakkan roti diatas aiskrim yang diletakkan atas acuan pertama
-tekap lapisan roti tadi dengan acuan telor kemas2
- biar sampai berbentuk bahagian keliling tepi roti
-buang lebihan keliling roti pada acuan
-keluarkan acuan kemudian tekan2  dengan hujung garfu pada keliling tepi roti supaya melekat dengan kemas
-ulangi proses ini sampai roti habis
-biasanya saya buat sebungkus roti ada 24 keping dapat 12 roti aiskrim
-susun roti aiskrim yang dah siap dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 hari @ sampai roti mengeras.
-Setelah roti keras...boleh la digoreng
-panaskan minyak sampai betul2  panas dan kemudian masukkan roti aiskrim
-goreng selama 8 saat sahaja @ sehingga warna roti kekuningan
-jgn terlalu lama ...nanti aiskrim cair
         

Selamat Mencuba

Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau

   
    



   Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.......Apa kabar,bertemu kembali kita kali ini tuk menikmati resepi kuih yang enak dimakan waktu petang yang santai bersama keluarga tersayang dan orang2 yang tercinta.Kuih ni nampak senang nak dibuat tapi remeh jugak caranya. ...hmm berpeluh jugak mak jemah nak siapkan kuih ni...mm mm Mai kita sama2 terokai resepi kuih ni...


Bahan2;
Bahan inti
-1 cawan kacang hijau
-1 cawan kelapa putih
-1 cawan gula
-1/2 cawan gula merah
-sedikit garam
-2 sd makan tepung gandum


Bahan tepung menggoreng
-1 cawan tepung beras
-1 biji telor
-1/2 cawan air
-1 sd kecik air kapur
-sedikit pewarna kuning @ kunyit serbuk
-sedikit garam

Cara2 bancuhan tepung menggoreng;
-masukkan telor bersama tepung beras dan garam.kacau sebati
-masukkan pewarna dan air kapur.kacau sebati


Cara2;
-rebus kacang hijau dengan air sehingga empuk dalam periuk
-Setelah empuk ,alihkan kacang hijau ke kuali supaya senang nak dikacau
-masukkan gula pasir dan gula merah serta garam.kacau sebati kemudian masukkan kelapa.kacau sebati sampai air gula kering .
-Masukkan tepung gandum dan kacau sampai likat sampai kacang betul2 masak.sejukkan
-sebelum meleperkan adunan,taburkan tepung gandum diatas papan temoat meleperkan adunan supaya adunan tidak melekat.
-Setelah adunan sejuk...ambil sedikit adunan dan buat bulat2 sebesar bola golf.selepas itu tekan @ leper kan .
- buat sampai habis adunan
-panaskan minyak
-celup adunan kuih yang telah di leper kan ke dalam bancuhan tepung menggoreng seperti goreng pisang tu.
-goreng sampai kekuningan dan angkat toskan minyak
-kuih kasturi siap dihidangkan panas2. @ jika kuih kasturi terlebih banyak adunan...boleh disimpan dalam ais box tempat beku.goreng separuh masak pastu sejukkan dahulu barulah simpan tempat ais beku
-bila2 teringin nak makan boleh la dikeluarkan 30 minit dari ais box sebelum digoreng
        ♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡

Kek pisang

      



     Asalamualaikum. ....salam sejahtera semua....
Kali ni teringin nak buat kek pisang plak....al maklum bila pisang dah banyak kat belakang umah ni,ada ada je lah resepi yang datang bertandang....
Apa kata kita jengah2 resepi kek pisang ni dulu...petang2 pe kena ngan teh o panas pehhhhh ,kenyang perut senang hati....


Bahan2
-4 biji pisang dilenyek (apa2 pisang pun bantai je) saya guna pisang abu
*-2 cawan tepung gandum
*-1 sd kecik soda bikarbonat
*-1 sd kecik double action baking powder
-1 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan minyak ---minyak jagung pn boleh
-1/2 cawan gula
-4 biji telor
       (Bahan bertanda * diayak)


Cara2;
-masukkan telor dgn gula dan pukul sampai kembang
- masukkan susu dan minyak,kemudian kacau sampai sebati
- masukkan pisang yang telah dilenyek.kacau sebati
- kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kaup balik
   adunan...pastikan adunan tidak berketul.
-sementara tu,panaskan kukusan sampai air mendidih
- Sapu acuan dengan minyak.bila air dah mula mendidih perlahankan api.
-tuang adunan kek pisang ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
-tutup penutup kukusan dengan kain kering supaya air tidak menitik ke dalam adunan kek
- Kukus adunan kek selama 45 minit-1 jam @ sehingga masak
( untuk pastikan kek dah masak....cucuk dengan lidi sate dan jika adunan tidak melekat pada lidi sate bermakna kek dah masak )
- sejukkan dahulu kek pisang sebelum keluarkan dari acuan supaya kek tidak pecah.
        ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡