Powered By Blogger

Isnin, 9 Mac 2015

Puding Roti Karemal Lapis Puding Coklat

   

          Assalamualaikum. .....salam sejahtera semua.Apa kabar.Diharap harian berlalu dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta dan orang2 tersayang....Hmmmm hari ni saya bermadah halus ayat2  cinta kerana resepi kali ni halus lembut mulus seindah kata sesedap rasa ...cewahhhh heheheheh.
    Dulu setiap kali bila ada lebihan roti yang akan tamat tempoh,buntu dan terpaksa la buang je bagi kat ayam atau pun itik.Tapi sekarang tak lagi,kerana saya dah pandai menghargai makanan....cewaaaahhh. Banyak kegunaan roti ni Klu kita pandai mengolah sebelum tamat tempoh tarikh luput nya...Haa mari kita sama2  tengok apa resepi yang saya nak buat dengan roti yang akan tamat tempoh ni.


Bahan Puding
-10 keping roti gardenia ( tak payah buang tepi membazir)
-6 biji telor
-2 cawan santan @ 2 cawan susu segar (saya guna santan)
-1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan Klu tak nak manis)
-1 sd kecik esen vanilla
-2 sd makan serbuk koko @ pes koko
-sedikit garam


Bahan karemal
-3 sd makan gula
-1 sd makan air


Cara2;
-gunakan loyang ,masak gula tanpa air menggunakan api perlahan.
-jangan sampai gula hangus nanti pahit.
-bila gula dah cair keperangan masukkan air dan cepat2  kacau sampai gula karemal larut dan tidak berketul2.
-padamkan api dan ratakan gula karemal dalam loyang tadi dengan gerak2 kan loyang.ketepikan
-satukan santan dengan gula,garam serta esen vanilla dalam blend kemudian blend sampai gula hancur.
-kemudian carik2 kan roti dan blend bersama santan tadi.
-kemudian tuang adunan roti dan santan tadi dalam bekas -kemudian masukkan telor satu persatu dan kacau sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian .1 warna asal dan satu lagi saya letak pes koko
-panaskan kukusan.
-tuang adunan warna asal ke atas gula karemal .
-bila air kukusan sudah mendidih ,kukus lapisan pertama puding roti tadi selama 15 minit
-gores kan permukaan lapisan puding tadi sebelum letak adunan lapisan kedua iaitu lapisan koko
-untuk lapisan terakhir,tutup loyang dengan plastik atau balut penutup kukusan supaya air tidak menitik
-Kukus puding selama 20 minit @ sehingga masak
-sejukkan dahulu puding roti karemal lapis puding coklat sebelum dikeluarkan dari acuan tadi
-Setelah sejuk,terbalikkan dari acuan dan simpan dalam peti sejuk
-puding ni sedap dimakan ketika sejuk,nak makan terus pun boleh jugak.
                 

            ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡,


Tiada ulasan: