Powered By Blogger

Isnin, 29 Mei 2017

Puding Agar2 Santan Berlapis

Bahan2;
-1 paket agar2 bertali 25gm
-2 cawan gula
-1 cawan susu pekat manis
-1000ml air
-2000ml santan
-2 biji telor
-1/2 sudu teh garam
-5 helai daun pandan disimpul
-pewarna merah,kuning,hijau

Cara2;
-didihkan air bersama daun pandan
-masukkan agar2 bersama gula dan garam
-masak agar2 dan gula hingga larut
-masukkan santan dan susu
-kacau hingga didih
-dalam bekas lain pecahkan telor
-kacau telor dgn garfu kemudian masukkan dalam santan
-kacau seketika kemudian tutup api
-sediakan bekas agar
-tuang 2 -3 senduk agar2 kedalam bekas kemudian sejukkan
-cakar2 manja dengan garfu atas agar2 yang disejukkan
*kaedah ini supaya agar2 melekat antara satu sama lain*
-ambil 2-3 senduk agar2 lagi dan masukkan pewarna hijau
-tuang atas agar2 pertama tadi,kemudian sejukkan
-ulangi proses sama sehingga siap lapisan warna agar2
-setelah siap melapis,simpan peti ais
-makan sejuk baru mantap......

Selasa, 16 Mei 2017

Nasi Dagang (versi Terengganu)

                            

Bahan-bahan;
-4   1/2 cawan beras jati @ beras wangi
-     1/2 cawan beras pulut
-1   1/2 cawan santan pekat (dimasak seketika)
-3    cawan santan cair + sedikit garam
-1    sudu kecik halba
-5    ulas bawang merah dihiris
-3    ulas bawang putih dihiris
-2"  inci halia dihiris

Cara-cara;
-beras + beras pulut direndam 5jam-8 jam
-bersihkan beras toskan air
-panaskan periuk kukusan
-kukus beras selama 20 minit
-angkat masukkan dalam besen besar
-tuang santan cair separuh ,gaul rata
-biarkan seketika hingga santan meresap
-tuang baki santan cair , gaul sebati
-biarkan seketika lagi hingga santan meresap
-masukkan beras dlm periuk kukus
-tabur bawang hiris,halia dan halba
-kukus lagi selama 20 minit
-angkat masukkan dlm besen besar
-tuang santan pekat, kacau sebati
-biarkan seketika sehingga santan mesra
-kukus semula hingga beras masak (5-10 minit)
-siap


Gulai ikan tongkol @ ikan kayu

Bahan-bahan ikan rebus;
-2 ekor ikan tongkol saiz besar (dipotong)
-5-10 keping asam gelugor
-3-5 hiris lengkuas
-garam secukupnya

Cara-cara;
-ikan cuci bersih
-susun ikan dalam periuk
-tabur garam,asam gelugor dan lengkuas
-tuang 1 cawan air
-rebus ikan sehingga masak
  (Ikan direbus awal semalaman lagi sedap)

                         





Bahan-bahan gulai ikan;
*12 biji bawang merah kecik
*6 ulas bawang putih
*20 tangkai cili kering
*1 1/2" inci lengkuas
*1 1/2" inci kunyit
*1 1/2" inci halia
-4 sudu besar serbuk kari
-3 keping asam gelugor
-1 sudu besar nisan @ gula melaka
-5 cawan santan sederhana pekat
-garam secukupnya
-5-10 cili hijau muda
-2 batang timun (dibelah besar)

Cara-cara;
#tanpa tumis(nak tumis pun ok)
-kisar bahan bertanda*
-masukkan bahan kisar dalam periuk
-masukkan serbuk kari dan santan
-kacau sebati baru pasang api
-renehkan dengan api perlahan sampai didih
-masak kuah sampai pecah minyak
-masukkan asam gelugor dan gula melaka
-kalau ada lebihannair rebus ikan masukkan aja
-masukkan ikan rebus dan biarkan didih
-perasakan garam(awas ikan rebus dah masin)
-masukkan cili hijau dan timun
-siap
 
                 

                           
                             

Isnin, 6 April 2015

Roti Bun Inti Kelapa

 





Assalamualaikum  ......dah lama tak bersua.... kini saya kembali ke posisi dengan resepi kali ni Roti bun manis inti kelapa je.....Hmmmmm sekarang ni musim belah petang je hujan pastu dari waktu pun jaket 11 tgh ari sampai jam 5 ptg panas terik.nak tido pun tak lena ...lain la Klu rumah yang ber econ. ....
    Petang ni saya tak leh tido....so saya ke dapur nak sibukkan diri sambil menunggu masa berlalu...kali ni saya nak buat roti bun plak...memandangkan inti kelapa masih ada lagi.jom mari kita meroti.resepi roti bun ni saya share dari dunia resepi melalui google searching je....


Bahan; 7-8 biji roti je
-1 cawan tepung high protien
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecik baking powder
-1 sudu kecik bread improver
-1 sudu kecik yis mauripan
-1 sudu kecik shortening
-1 sudu kecik butter
-1 cawan susu segar suam
-1 sudu kecik gula
-sedikit garam
-sedikit bijan


Bahan2; sapuan atas roti
-1 biji kuning telor
-1 sudu makan susu segar
          (Dibancuh bersama)


Cara2;
-Ayak bersama tepung high protien,tepung gandum,baking powder,bread improver.
-masukkan dalam bekas mengadun
-masukkan garam ,gula dan gaul sebati
-buat lubang ditengah2  tepung dan masukkan yis kering
-gaul sebati dan masukkan susu segar
-uli tepung sampai sebati dan sapukan shortening
-uli lagi sebati dan sapukan butter pada adunan.
-uli adunan tepung sampai menjadi doh yang lembut dan tak lekat di tangan
-perap doh dan tutup dengan tuala lembab @ plastik wrap
-biarkan adunan naik kembang 2 x ganda @ selama 1 jam
-bila doh dah naik kembang,tumbuk2  doh biar keluar angin dalam doh
-uli sekejap dan Bahagikan doh kepada beberapa bahagian
-saya Bahagikan kepada 8 biji bulatan doh
-masukkan inti pada doh dan bentukkan adunan doh kemas2
-susun adunan roti atas tray pembakar.
-biarkan doh seketika sehingga naik 1x ganda selama 30 minit
-panaskan oven 200°c selama 10 minit
-sebelum bakar ...sapu roti dengan bancuhan telor kuning + susu segar tadi
-Taburkan bijan
- bakar roti selama 30 minit suhu 180°c.
-biar suhu rendah supaya roti tidak berkerak
-selepas roti masak ,keluarkan dari oven dan cepat2  sapukan butter pada permukaan roti supaya roti segar dan lembut.
-sejukkan roti dan siap dimakan

      Selamat meroti ya



Jumaat, 13 Mac 2015

Puding Karamel Biskut Krim Kraker Lapis Puding Coklat







Assalamualaikum. ....Bertemu kita kembali dalam edisi kali ni untuk resepi pencuci mulut yang mana boleh dikatakan sentiasa menjadi kegemaran masa kini....
Puding ni biasanya senang dibuat dan bahan2 nya bukanlah susah sangat nak di sediakan.....
Kali ni saya tak nak menggunakan susu segar @ susu cair..tapi saya nak gunakan santan...
Resepi puding ni kalau diubah resepi asalnya tak apa asalkan menjadi....pertama kali saya buat resepi puding ni menggunakan santan kerana lupa nak beli susu je...tapi bila dah siap masak ...wah huh lemak terasa manisnya pun lain kit rasanya dan bau wangi santan tu terasa....so tak payah la lain kali nak susah2  beli susu segar...lagi pu saya ada pokok kelapa sendiri kat belakang umah je.....jimat kos hehehehehe....k lah apa kata kita ke bahan2 resepi puding ni...


Bahan2; Lapisan karamel
-3 sd makan  gula
-1 sd makan air

Cara2;
-masukkan gula ke dalam loyang
-masak gula diatas api perlahan sehingga gula cair dan  bertukar warna keperangan.jgn terlalu lama nanti karamel pahit.
-kemudian masukkan air dan cepat2  kacau.awas jaga tangan kerana karamel akan terpercik
-Setelah karamel cair semua ,padamkan api dan biarkan sejuk.


Bahan2; Lapisan Puding
-10-15 keping biskut krim kraken
-5 biji telor
-2 sd kecik tepung kastard
-2 cawan santan
-1/2 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan gula
- sedikit pes coklat

                        
                                      Biskut krim kraker

Cara2;
-Kukus air dalam kukusan sampai mendidih
-masukkan santan ,telor,gula ,susu pekat manis,gula dan biskut krim kraken dalam blender
-blend kesemua bahan sampai  hancur
-tuang bahan2  yang telah diblend ke dalam bekas
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.satu warna asal dan satu lagi saya letakkan pes coklat
-kacau sebati adunan yang diletakkan pes coklat tadi.
-tuang adunan warna asal ke dalam loyang karamel tadi
-Kukus adunan puding ini selama 10 minit
-Setelah adunan mengeras cakar2 atas lapisan puding tu supaya nanti ianya melekat dengan lapisan kedua
-tuang lapisan puding coklat dan kukus selama 20 minit @ sehingga masak
-Setelah masak ,angkat loyang dan sejukkan sebelum diterbalikkan ke atas pinggan
-Setelah sejuk terbalikkan puding dan simpan di peti ais...
-makan setelah sejuk lebih nyum nyum....
          
                ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡



Rabu, 11 Mac 2015

Puding Roti Karamel Lapis Puding Coklat





      Asalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh .....dan selamat petang semua.....Apa kabar,diharap semua sihat2 di samping orang2  yang tersayang dan tercinta....Ha aa tengah buat pa tu...petang2  g ini tengah tercari2. ..terfikir2 nak buat apa menu makan petang ke...Dari dok pikir2  mai sini jengah2 resepi puding dari blog saya ni.....senang je dan bahan2  nya plak mudah didapati kat kedai mak jemah berdekatan rumah je....hehehheh marah plak mak jemah tu nanti...mm mm tak apalah jom kita mulakan menu petang kita.puding ni sesuai dimakan pabila sejuk dari peti ais .Haaa makanya kena prepair awal2 supaya cepat siap cepat la sejuk.....K


Bahan2; Lapisan karamel 
-2 sd makan gula
Cara2;
-masak gula di dalam loyang menggunakan api sederhana sampai gula menjadi karamel
-Setelah gula menjadi karamel ,tutup api dan ratakan karamel.


Bahan2; Lapisan Puding
-3 keping roti gardenia 
-1 tin susu cair
-1 cawan gula ( boleh kurangkan Klu tak nak manis)
-1 sd kecik esen vanilla
-5 biji telor
Cara2;
-blend susu bersama gula dan esen vanilla.
-kemudian masukkan roti dan blend sampai roti hancur
-dalam bekas lain ,pukul lembut kesemua telor.jgn sampai berbuih
-masukkan bancuhan susu yang diblend bersama roti tadi ke dalam telor
-kacau lembut adunan roti dan telor tadi.
-tuang adunan roti ini ke atas karamel dalam loyang tadi
-Kukus selama 15 minit
-Pastikan air kukusan betul2 panas dan mendidih


Bahan2; Lapisan puding coklat
-6 keping roti gardenia
-1 biji telor
-1/2 cawan susu pekat manis dibancuh dgn 1/2 cawan air suam
-coklat rice @ pes coklat (saya guna coklat rice)
Cara2;
-blend kesemua bahan2  lapisan puding coklat
-Setelah siap blend,tuang adunan puding coklat atas lapisan puding pertama tadi.
-Kukus selama 30 minit @ sehingga masak
-Setelah masak sejukkan dahulu baru terbalikkan puding dari loyang
-masukkan ke peti ais dan sejukkan.
-puding ini sedap dimakan tatkala sejuk dari peti ais
                       

                 ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba ♡♡♡♡♡




Isnin, 9 Mac 2015

Roti Sosej Butter Manis

   








       Assalamualaikum dan salam sejahtera semua......kali ini kita bersua di blog saya ini dengan resepi berasaskan roti.Roti Sosej Manis ni sesuai dimakan waktu2 petang yang santai bersama2 keluarga ,di cicah dengan teh panas mm mm mm teras manis gula yang cair dalam mulut.
          Resepi ni saya olah sendiri dari resepi asal doh roti Sosej. Cuma perbezaan nya resepi asal roti sosej adalah berbentuk pintal manakala resepi roti sosej saya saya letakkan sosej diatas je dan taburkan gula...
          Sebenarnya bahan2 nak buat doh roti ni sama je ngan bahan2 nak buat doh pizza...cuma cara olahan je lain....bila dah pandai buat roti ,sudah tentu tak ada masalah untuk buat Pizza. ....ok untuk pizza next time resepi saya upload kan ya.kali ini kita bercerita tentang dunia roti sosej....
        Meh kita jengah resepi roti sosej manis saya.


Bahan;
*-2 cawan tepung high protein
*-2 cawan tepung gandum
*-1 sd kecik baking powder.          
*-1 sd kecik bread improver.      
*-1 sd kecik bread softer

(Bahan tanda * diayak)

-1 sd makan butter
-1 sd makan shortening
-sedikit garam
#-2 sd makan gula
#-1 cawan air suam @ susu segar suam
#-2 sd kecik yis
-1 biji telor
-3 sudu makan susu segar dibancuh dgn 1 biji kuning telor
  
   (Bahan tanda # dibancuh bersama sampai berbuih )


Cara2;
-Masukkan tepung high protien, tepung gandum,baking powder,bread improver dan bread softer yang telah diayak bersama  ke dalam bekas.
- Masukkan garan dan kacau rata
-masukkan telor dan bancuhan yis tadi.
-uli sampai doh sebati kemudian masukkan butter dan shortening
- uli lagi sampai doh tak melekat pada tangan
-kalau doh masih melekat tambahkan sedikit tepung sambil menguli
- tutup doh dengan kain lembab bersih dan biarkan doh kembang 2 kali ganda selama 1 jam
-Setelah doh naik 2 kali ganda,tumbuk2 doh supaya angin keluar dari dalam doh
-Bahagikan doh kepada beberapa bahagian kecil dan bentukkan doh
Ikut citarasa masing2
-tekan2  doh setebal 1"  kemudian letakkan sosej diatas doh
-biarkan doh naik lagi sekali ganda @ 30 minit.
-sementara tu panaskan oven 180°c selama 10 minit
-Sapu permukaan doh dengan bancuhan telor kuning dan susu segar tadi
- Taburkan gula dan bakar selam 10 -15 minit
- Setelah masak keluarkan roti dan sapu permukaan roti dengan butter.
-biarkan sejuk seketika baru dihidangkan bersama teh panas
                            Selamat Mencuba
  

Puding Roti Karemal Lapis Puding Coklat

   

          Assalamualaikum. .....salam sejahtera semua.Apa kabar.Diharap harian berlalu dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga tercinta dan orang2 tersayang....Hmmmm hari ni saya bermadah halus ayat2  cinta kerana resepi kali ni halus lembut mulus seindah kata sesedap rasa ...cewahhhh heheheheh.
    Dulu setiap kali bila ada lebihan roti yang akan tamat tempoh,buntu dan terpaksa la buang je bagi kat ayam atau pun itik.Tapi sekarang tak lagi,kerana saya dah pandai menghargai makanan....cewaaaahhh. Banyak kegunaan roti ni Klu kita pandai mengolah sebelum tamat tempoh tarikh luput nya...Haa mari kita sama2  tengok apa resepi yang saya nak buat dengan roti yang akan tamat tempoh ni.


Bahan Puding
-10 keping roti gardenia ( tak payah buang tepi membazir)
-6 biji telor
-2 cawan santan @ 2 cawan susu segar (saya guna santan)
-1 1/2 cawan gula (boleh kurangkan Klu tak nak manis)
-1 sd kecik esen vanilla
-2 sd makan serbuk koko @ pes koko
-sedikit garam


Bahan karemal
-3 sd makan gula
-1 sd makan air


Cara2;
-gunakan loyang ,masak gula tanpa air menggunakan api perlahan.
-jangan sampai gula hangus nanti pahit.
-bila gula dah cair keperangan masukkan air dan cepat2  kacau sampai gula karemal larut dan tidak berketul2.
-padamkan api dan ratakan gula karemal dalam loyang tadi dengan gerak2 kan loyang.ketepikan
-satukan santan dengan gula,garam serta esen vanilla dalam blend kemudian blend sampai gula hancur.
-kemudian carik2 kan roti dan blend bersama santan tadi.
-kemudian tuang adunan roti dan santan tadi dalam bekas -kemudian masukkan telor satu persatu dan kacau sebati.
-Bahagikan adunan kepada 2 bahagian .1 warna asal dan satu lagi saya letak pes koko
-panaskan kukusan.
-tuang adunan warna asal ke atas gula karemal .
-bila air kukusan sudah mendidih ,kukus lapisan pertama puding roti tadi selama 15 minit
-gores kan permukaan lapisan puding tadi sebelum letak adunan lapisan kedua iaitu lapisan koko
-untuk lapisan terakhir,tutup loyang dengan plastik atau balut penutup kukusan supaya air tidak menitik
-Kukus puding selama 20 minit @ sehingga masak
-sejukkan dahulu puding roti karemal lapis puding coklat sebelum dikeluarkan dari acuan tadi
-Setelah sejuk,terbalikkan dari acuan dan simpan dalam peti sejuk
-puding ni sedap dimakan ketika sejuk,nak makan terus pun boleh jugak.
                 

            ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡,


Ahad, 8 Mac 2015

Ais Krim dan Roti Aiskrim Goreng







      Assalamualaikum. ..dan salam sejahtera semua....Bertemu kembali kita dalam episod di blog ini dengan resepi2 olahan air tangan saya.
Kemudahan bahan2 mentah yang ada kat kawasan kebun belakang umah saya nilah yang membuat kan saya suka mengolah bahan masakan....ya la bajet kuih tak mengeluarkan modal.....jadi senang la sikit saya nak buat apa2 pun...
Kali ini saya nak buat ais krim plak.....Kebetulan cucu2  cik abg suka makan ais krim....Ha aa bila dah ada ais krim senang la nak cipta resepi ais krim goreng plak ....
Kali ni saya sertakan 2 resepi sekali gus...
Jom kita terokai resepi saya kali ni
 
Bahan2 Resepi Ais Krim;
-2 cawan susu segar
-2 cawan santan
-1 1/2 cawan gula
-1 cawan susu pekat manis
-2 sd makan overlatte
-1 sd makan esen vanilla
-sedikit garam
-perasa strawbery
-pewarna merah



Cara2;
-panaskan santan sampai didih tapi jgn berketul.gunakan api sederhana je.sejukkan seketika
-tuang santan ke dalam mixer.saya guna blender je senang.
-campurkan santan ,susu segar,susu pekat manis,gula,esen vanilla,sedikit garam dan overlatte.
-blend sampai sebati semua bahan
-tuang dalam bekas dan bahagian kepada bahagian yang hendak diwarnakan
-satu bahagian saya letak perisa strawbery dn pewarna merah dan satu lagi saya biarkan perasa vanilla je.
-tuang adunan aiskrim ke dalam bekas dan simpan dalam peti ais tempat beku selama 1 hari sampai beku.
-Setelah beku...aiskrim siap dimakan

Bahan2  Ais Krim Goreng
-beberapa keping roti gardenia
-acuan permukaan bulat.saya guna acuan telor goreng mata
-aiskrim
-garfu


Cara2;
-ambil 2 acuan telor .
-1 acuan letakkan roti ,kemudian letakkan aiskrim
-letakkan roti diatas aiskrim yang diletakkan atas acuan pertama
-tekap lapisan roti tadi dengan acuan telor kemas2
- biar sampai berbentuk bahagian keliling tepi roti
-buang lebihan keliling roti pada acuan
-keluarkan acuan kemudian tekan2  dengan hujung garfu pada keliling tepi roti supaya melekat dengan kemas
-ulangi proses ini sampai roti habis
-biasanya saya buat sebungkus roti ada 24 keping dapat 12 roti aiskrim
-susun roti aiskrim yang dah siap dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk selama 1 hari @ sampai roti mengeras.
-Setelah roti keras...boleh la digoreng
-panaskan minyak sampai betul2  panas dan kemudian masukkan roti aiskrim
-goreng selama 8 saat sahaja @ sehingga warna roti kekuningan
-jgn terlalu lama ...nanti aiskrim cair
         

Selamat Mencuba

Kuih Kasturi atau Kuih Kacang Hijau

   
    



   Assalamualaikum semua dan salam sejahtera.......Apa kabar,bertemu kembali kita kali ini tuk menikmati resepi kuih yang enak dimakan waktu petang yang santai bersama keluarga tersayang dan orang2 yang tercinta.Kuih ni nampak senang nak dibuat tapi remeh jugak caranya. ...hmm berpeluh jugak mak jemah nak siapkan kuih ni...mm mm Mai kita sama2 terokai resepi kuih ni...


Bahan2;
Bahan inti
-1 cawan kacang hijau
-1 cawan kelapa putih
-1 cawan gula
-1/2 cawan gula merah
-sedikit garam
-2 sd makan tepung gandum


Bahan tepung menggoreng
-1 cawan tepung beras
-1 biji telor
-1/2 cawan air
-1 sd kecik air kapur
-sedikit pewarna kuning @ kunyit serbuk
-sedikit garam

Cara2 bancuhan tepung menggoreng;
-masukkan telor bersama tepung beras dan garam.kacau sebati
-masukkan pewarna dan air kapur.kacau sebati


Cara2;
-rebus kacang hijau dengan air sehingga empuk dalam periuk
-Setelah empuk ,alihkan kacang hijau ke kuali supaya senang nak dikacau
-masukkan gula pasir dan gula merah serta garam.kacau sebati kemudian masukkan kelapa.kacau sebati sampai air gula kering .
-Masukkan tepung gandum dan kacau sampai likat sampai kacang betul2 masak.sejukkan
-sebelum meleperkan adunan,taburkan tepung gandum diatas papan temoat meleperkan adunan supaya adunan tidak melekat.
-Setelah adunan sejuk...ambil sedikit adunan dan buat bulat2 sebesar bola golf.selepas itu tekan @ leper kan .
- buat sampai habis adunan
-panaskan minyak
-celup adunan kuih yang telah di leper kan ke dalam bancuhan tepung menggoreng seperti goreng pisang tu.
-goreng sampai kekuningan dan angkat toskan minyak
-kuih kasturi siap dihidangkan panas2. @ jika kuih kasturi terlebih banyak adunan...boleh disimpan dalam ais box tempat beku.goreng separuh masak pastu sejukkan dahulu barulah simpan tempat ais beku
-bila2 teringin nak makan boleh la dikeluarkan 30 minit dari ais box sebelum digoreng
        ♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡

Kek pisang

      



     Asalamualaikum. ....salam sejahtera semua....
Kali ni teringin nak buat kek pisang plak....al maklum bila pisang dah banyak kat belakang umah ni,ada ada je lah resepi yang datang bertandang....
Apa kata kita jengah2 resepi kek pisang ni dulu...petang2 pe kena ngan teh o panas pehhhhh ,kenyang perut senang hati....


Bahan2
-4 biji pisang dilenyek (apa2 pisang pun bantai je) saya guna pisang abu
*-2 cawan tepung gandum
*-1 sd kecik soda bikarbonat
*-1 sd kecik double action baking powder
-1 cawan susu pekat manis
-1/2 cawan minyak ---minyak jagung pn boleh
-1/2 cawan gula
-4 biji telor
       (Bahan bertanda * diayak)


Cara2;
-masukkan telor dgn gula dan pukul sampai kembang
- masukkan susu dan minyak,kemudian kacau sampai sebati
- masukkan pisang yang telah dilenyek.kacau sebati
- kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kaup balik
   adunan...pastikan adunan tidak berketul.
-sementara tu,panaskan kukusan sampai air mendidih
- Sapu acuan dengan minyak.bila air dah mula mendidih perlahankan api.
-tuang adunan kek pisang ke dalam acuan yang telah disapu minyak.
-tutup penutup kukusan dengan kain kering supaya air tidak menitik ke dalam adunan kek
- Kukus adunan kek selama 45 minit-1 jam @ sehingga masak
( untuk pastikan kek dah masak....cucuk dengan lidi sate dan jika adunan tidak melekat pada lidi sate bermakna kek dah masak )
- sejukkan dahulu kek pisang sebelum keluarkan dari acuan supaya kek tidak pecah.
        ♡♡♡♡♡Selamat Mencuba♡♡♡♡♡

Sabtu, 7 Mac 2015

Kerutup Hati Lembu

         
 


   
   Assalamualaikum  dan salam sejahtera semua....Apa kabar. ....Bertemu lagi kita dalam menu masakan kali ini berasaskan hati lembu...Sebenarnya saya tak berapa suka sangat dengan hati lembu ni,sebab hati lembu ni ada bau kurang menyenangkan...tapi tak apa saya dah tahu cara nak hilangkan bau yang kurang menyenangkan itu.....hah.....Nak tau apa caranya....meh kita sama2  tengok resepi dan Cara2 masak hati lembu ni.


Bahan2;
-500 g hati lembu dipotong 1/2 inci atau nipis
-2 helai daun pandan disimpul
*-5 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putih
*-2 inci halia
-2 sd makan cili boh
- 3 sd makan serbuk kari + sedikit air (jadikan pes kari)
- air asam jawa
-2 tangkai cili hijau di belah 2 buang biji
- sedikit garam
- sedikit gula
        (Bahan tanda*  ditumbuk halus)
Cara2;
-mula2 cuci bersih hati lembu tadi.rebus hati lembu tadi seketika dengan sedikit air dan  sedikit garam
- dalam kuali tumiskan bahan tumbuk tadi sampai wangi kemudian masukkan cili boh.
-Tumis lagi sampai cili boh pecah minyak kemudian masukkan pes kari
-kacau sebati dan biarkan pecah minyak dan masukkan sedikit air
-masukkan daun pandan yang disimpul dan hati lembu yang direbus tadi.
-air rebusan hati lembu tadi jangan dibuang,masukkan juga bersama hati dalam kuali...
-kacau rata dan masukkan garam dan gula
- Masukkan cili hijau yang dibelah 2 tadi
- biarkan sampai hati lembu benar2 masak dan kuah agak kering sedikit
  (Ha aa ini lah petua tuk hilangkan bau kurang enak masakan berasaskan hati ...tak kira la hati apa pun iaitu daun pandan)
-hati lembu masak kerutup siap dihidangkan
                ♡♡ ♡ ♡ Selamat Mencuba ♡ ♡ ♡ ♡

Kuih Lapis Jagung

             






Assalamualaikum, ari ni percubaan pertama saya tuk buat kuih lapis dalam acuan apam ni....mm mm nampak nya saya berpuas hati dengan bentuknya walaupun agak ter lembut kit....mmm tapi tak apalah tuk makan sendiri puas hati la gak.cik abg pun suka makan ,maklumlah lembut sesuai tuk dia heheheheh.
   Jom kita intai2 resepi bahan2 tuk buat kuih lapis jagung ni...mudah je.bahan2 pun senang nak dapat...



Bahan2;
-1 cawan jagung fresh
-1  1/2 cawan tepung beras
-1 cawan tepung gandum
-1 cawan gula ( Klu nak manis boleh ditambah)
-2 cawan santan
-sedikit garam
-1 biji telor
-2 sudu makan perisa jagung
Cara2;
-panaskan air kukusan
-satukan tepung beras dan tepung gandum
- Bancuh santan,gula dan telor.kacau sebati
- masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kacau sampai tidak berketul.kemudian tapis.
-Masukkan sedikit garam.
-Bahagikan bancuhan adunan kepada beberapa bahagian dan warnakan (saya buat dua warna je....satu warna asal dan satu lagi saya letak perasa jagung)
-sapukan acuan dengan sedikit minyak
-Setelah air mendidih,tuang 1/2 cawan adunan warna asal kemudian taburkan jagung,dan kukus selama 5 minit.
-Setelah masak gores kan lapisan kuih lapis tadi dengan garfu supaya lapisan kedua melekat
-Tuang adunan lapisan kedua yang berwarna tadi kemudian taburkan jagung.kukus lagi selama 5 minit
-ulangi mengukus lapisan demi lapisan sehingga adunan dan jagung habis
-untuk lapisan terakhir hendaklah di kukus selama 30 minit supaya kesemua lapisan kuih lapis benar2  masak.dan acuan ditutup dengan plastik @ aluminium foil supaya air tidak menitik atas kuih.
-Setelah masak sejukkan dulu kuih lapis sebelum dipotong.
(Pastikan menggunakan pisau plastik yang disapu minyak untuk memotong kuih lapis supaya bentuknya cantik)
    Selamat mencuba

Kerepek Pisang

   



   Assalamualaikum. ...salam sejahtera dan selamat petang....
Bertemu kali ini kita dalam mempelbagaikan resepi berkaitan pisang....
Pisang ni banyak kegunaannya dan pelbagai kuih muih yang boleh diperbuat dari bahan bernama pisang ni....salah satunya ialah kerepek pisang...
Kali ni kebetulan pisang kat belakang umah saya ni dah boleh diambil,so setelah cik abg ambil pisang setandan ...apalagi bermula la program saya nak buat kerepek pisang....
Meh kita tinjau resepi nya



Bahan2;
-pisang muda seberapa banyak yang termampu buat
-marjerin
-garam
-minyak untuk menggoreng
-kunyit serbuk



Cara2;
-panaskan minyak yang banyak dalam kuali
-kupas kulit pisang
-terus sagat pisang ke dalam kuali menggunakan penyagat pisang
-sagat dalam 4-5 biji je untuk sekali goreng
-masukkan 1/2 sd kecik marjerin ,sedikit kunyit serbuk dan sedikit garam
-kacau sambil menggoreng kerepek pisang sehingga kuning kemasan
-jangan terlalu lama nanti kerepek pisang bertukar warna kemerahan dan akan rasa pahit dimakan
-Ulang proses menyagat pisang dan menggoreng sampai pisang habis
-Pastikan jangan terlalu kerap memasukkan garam ketika menggoreng kerepek pisang kerana marjerin sudah masin.
-sejukkan dahulu sebelum disimpan di dalam bekas kedap udara.
        Selamat Mencuba

Asam Pedas Ayam


       



Assalamualaiku......Hari ni terpinga-pinga nak masak apa
juadah makan tengah ari. .....Tanya cik abg....jawapannya masak la apa2 pun.....
Mm mmm sejenak berfikir......Ha dah lama tak makan asam pedas....tak kira la asam pedas apa2 jenis lauk pun janji asam pedas...
Mm mmm cik suami bersiap nak ke masjid solat Jumaat
Jadi bermula la kerja2 saya kat dapur mencari bahan2  tuk buat asam pedas.....
Tengok ayam kat a is box lalu terlintas nak buat ayam masak asam pedas.Mari kita tengok resepi asam pedas saya......


Bahan2;
-1/2 ekor ayam dipotong kecik
*-7-8 tangkai lada kering
*-3 ulas bawang merah
*-2 ulas bawang putuh
*-1/2 inci halia
*-1/2 inci lengkuas
*-1/2 inci kunyit hidup
*-1/2 sd kecik lada hitam
*-sedikit belacan
-sedikit garam
-sedikit gula
-2 batang serai dititik
-2 batang bunga gantan dibelah 2
-2 keping asam keping
-daun kesum
-2 cawan air

     (Bahan bertanda * di blend kering)


Cara2;
-cuci bersih ayam dan toskan
-perap ayam seketika dengan garam dan goreng setengah masak
-angkat dan toskan. Gunakan minyak yang sama menggoreng ayam tadi untuk menumis bahan2 yang diblend
-tumis bahan blend sampai pecah minyak dan masukkan air sedikit
- biar mereneh seketika dan masukkan serai dan ayam
-kacau sebati dan bila kuah mendidih tambahkan baki air tadi
-masukkan asam keping ,garam ,gula dan perasaan
-bila kuah mendidih masukkan bunga gantan dan daun kesum.biarkan seketika dan padam api.
-asam pedas siap dihidangkan



                      ♡♡♡♡Selamat mencuba♡♡♡♡